PERITNYA JATUH DALAM PERNIAGAAN..APA PUNCANYA?
Kejatuhan, ya kejatuhan, saya pernah mengalami satu fasa dimana saya rasakan duit masuk dari sumber A dah ok, maka saya mula nak diversifi.
Situasi ni terjadi pada awal tahun 2014. Boleh tanya apa business tak buat. Semua saya buat.
Kononnya business produk A bagi income sikit, produk B bagi income sikit, produk C bagi income sikit.
Rupanya saya silap..
Saya gunakan network yang sama untuk business-business ni. Saya gunakan resources yang sama. Dan akhirnya.. terus semua pada takuk yang sama.
Saya bukan nak kata tak boleh nak buat business banyak-banyak tapi percayalah, tak ke mana jugak akhirnya jika CEO nya kita sahaja.
Saya pernah dalam zaman kegemilangan xgene dan saya buat business makan, buka restoran. Kemudian saya masuk pula bidang fesyen. Keluarkan jenama sendiri Dzihad.
Kemudian saya buat syarikat travel. Kemudian syarikat construction dan seterusnya syarikat event management. Semua ini jalan bawah satu bumbung, wahhh gah laa kononnya.
Tapi percayalah, kalau diversifi ini anda seorang sahaja yang nak memikirkannya memang sukar nak pergi jauh dan boleh makan diri.
Sebab semua anda kena buat. Lainlah CEO untuk syarikat-syarikat lain orang lain. Kita monitor jaa. Ni tak, kita semua yang urus dan staff kita semua kena buat. Multitasking kononnya.
Akhirnya apa tindakan saya, syarikat construction company PKK kelas C saya tutup, travel company saya tutup, event management saya tutup, business fashion saya tinggal.
Yang ada kini hanya business product sahaja. Tu pon hanya XGENE(3 TAHUN), EMLAC (1.5 TAHUN) , DOXTEJOINT (1.5 BULAN) kalau anda boleh tengok nak diversifi produk pun saya ambik sela masa yang lama.
Saya dah belajar dari kesilapan dulu. Sebab tu saya dah tak terburu-buru.
Key paling penting, “SAYA BELAJAR TOLAK PELUANG” sebab peluang ni mengganggu fokus saya. Saya memang diberikan banyak peluang. Rezeki alhamdulillah.
Saya nampak, beberapa rakan niaga saya macam dah mula hilang fokus kini. Saya nak tegur kang di katanya ada kepentingan tapi apa yang saya nampak fokus dah hilang. Semua benda nak dijualnya.
Orang business ni tak boleh nak tegur sangat. Sebab dia sangat positif. Dalam kepala sentiasa kata boleh buat. Ego positif ni tinggi. Jadi saya nak tanya semua,
“Adakah wajar untuk saya tegur atau biar dia belajar dari pegalaman sendiri?” saya takut dia jatuh terduduk dan susah nak bangun nanti.
“lesson need to be learn”
Sumber: Faizal Zainon