Search
Search
Nasihat untuk mereka yang nak berniaga kaki lima

Nasihat untuk mereka yang nak berniaga kaki lima

DARI CEO MENJADI PENJAJA

Saya pernah berhenti kerja. Masa tu jawatan terakhir saya adalah CEO sebuah syarikat GLC. Diberi kereta, ada pemandu, ada PA semua ada. Gaji 5 angka.

Lepas saya berhenti kerja saya menjaja di kaki lima. Jual kuih raya.

CERITA MENJAJA

Saya berjumpa dengan seorang makcik ketika menjual kuih raya di bawah terik matahari.

Saya senyum dan menjawab, “Cari makan anak-anak cik.. belilah kuih satu ni.”

Makcik tu pun beli dengan gembira.

Bila jadi peniaga tepi jalan memang banyak dugaannya. Tapi saya pesan dengan kengkawan yang nak turut serta tadi. Kalau tak dapat duit, kita dapat pahala sedekah kat orang.

Dari pagi jam 7 siap-siap sampailah jam 12 malam baru kami kemas barang balik. Melengas satu badan. Saya tak larat nak balik Muar. Saya tidur hotel di JB je hari ni sebab esok nak berniaga lagi.

BEBERAPA NASIHAT UNTUK MEREKA YANG NAK BERNIAGA KAKI LIMA

1. Buat je.

2. Jangan terlalu berharap besar. nanti kecewa besar.

3. Jangan takut. Rezeki masaing-masing.

4. Keyakinan diri dan kesabaran menguji ketabahan.

5. Apa yang nak dimalukan kita berusaha menjual.

6. Peniaga kaki lima mengajar sebenar anda menjadi peniaga sejati. Jatuh bangun dalam bisnes saya mesti teruskan dalam berbisnes.

7. Asas utama berniaga adalah menjual.

8. Rezeki dari Allah. Mohon dari Allah.

Inilah pengalaman. Allah tentukan rezeki kita. Jangan mengeluh dan jangan putus asa.

Sumber: Coach Bahar

LabahLabah