Kecil atau besar, menguruskan sebuah bisnes bukan satu kerja yang mudah.
Bagi seorang pemilik bisnes, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan daripada masa ke semasa.
Bagaimana untuk kekalkan kelangsungan bisnes, bagaimana untuk jana keuntungan, bagaimana boleh membesarkan bisnes, bagaimana mahu memuaskan hati pelanggan, bagaimana mahu memenuhi kehendak kakitangan – macam-macam lagi.
Di pengakhiran hari, bisnes itu adalah bisnes anda.
Jatuh atau bangun bisnes anda itu tiada siapa yang akan peduli melainkan diri anda sendiri.
Semasa berjaya orang akan menghampiri, semasa gagal orang akan menjauhi.
Lakukan apa sahaja yang anda fikirkan adalah terbaik buat bisnes anda kerana kejayaan atau kejatuhannya bukan sahaja akan memberi impak kepada diri anda malahan juga buat orang-orang lain yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung (keluarga, rakan kongsi, kakitangan, masyarakat dll.)
Sumber: Syakir Zainol