Search
Search
Kenapa tiba-tiba pilih berniaga tepi jalan

Kenapa tiba-tiba pilih berniaga tepi jalan

Ramai yang tanya, eh bisnes ko down ke? Bisnes lama dah tak buat ke? Kenapa ko jual pau tepi jalan?

Banyak betul kalian punya masa nak sibuk hal orang. 🤭

Jadi post ni insha allah dapat tenangkan jiwa mereka-mereka yang dok sibuk hal orang. Jadi lepas ni boleh la tengok balik hidup korang ye.. Jangan la marah.. Abang gurau.. Hahaha

Ni saya nak bagitau.

Saya tetap lagi seorang business consultant focusing on Business Funding & Accounting. Produk-produk dan servis saya still maintain macam dulu. Malah ia semakin berkembang.

Still ada. Jangan risau.. Alhamdulillah

Cuma beberapa bulan lepas saya dah jual semua share dalam salah satu bisnes retail saya. Jadi kekosongan tersebut saya gantikan dengan bisnes lain.

Tapi kenapa jual pau? Tak panas ke? Tak penat ke?

Selain dari branding pau pak ngah yang sedang trending sekarang ni bawah ni antara faktor kenapa saya memilih untuk berniaga tepi jalan.

1. Selami Masalah Peniaga Jalanan.

Sebagai business consultant client-client saya mostly peniaga Micro, SME tu ada tapi tak banyak. Jadi banyak masalah-masalah mereka yang diorang hidden. Segan nak bagitau. Jadi diorang cuma akan luahkan pada kawan-kawan level diorang sahaja.

2. Walk the talk

Sebelum saya advice client, saya cuma nak pastikan saya juga ada bisnes seperti mereka yang dah berjaya. Dapat lah sedikit penghormatan dari mereka.

3. Confort zone

Ni selalu saya mention kan.. Haha.. Sebab selama ni saya terkurung lama dalam gua dan jarang bergaul dengan orang.. Everything depan laptop. Sekarang rasa lebih bebas.

4. Break Tru Barrier

Dulu bisnes yang paling saya rejek awal-awal adalah F&B.. Sebab leceh kot nak beli barang, nak setup kedai, nak masak, nak hidang, nak itu ini.. Leceh! Alhamdulillah saya dah break tru sedikit fear saya ni.. Mudah mudahan konsisten. 😀

Doakan saya berjaya dalam bisnes baru ni. Saya juga doakan anda berjaya dan sukses!

Sumber: Hazwan Iqbal

LabahLabah