Search
Search
Bisnes ni ada pasang dan surutnya

Bisnes ni ada pasang dan surutnya

Yang tengah suka dan kaya raya sekarang ni, kena beringat, bisnes ni ada pasang dan surutnya sama ada kita jangka atau tidak.

Tak ada bisnes yang selamat dan kekal. Yang kekal hanyalah Allah sahaja.

Hari ini kita fikir mungkin kita tak akan jatuh miskin disebabkan produk tengah laku, staff tengah ramai, sistem tengah berjalan dengan sempurna, follower ramai dan segala-galanya cantik. Hati tengah berbunga, pipi tengah kembang..

Ramai yang jatuh sebab tidak menjangka dia akan jatuh. Kalau dia dah boleh jangka, mungkin dia tak akan jatuh sebab dia akan bersedia sebelum jatuh dan menghalang kejatuhan itu.

Ini bukan posting negatif, ia hanyalah sekadar peringatan supaya sentiasa beringat bahawa kekayaan yang ada sekarang boleh hilang bila-bila masa saja sama ada kita nak atau tak nak.. sama ada kita suka atau tak, sama ada kita cuba halangnya atau tidak..

Jangan lalai, jangan leka, jangan sombong..

Orang yang selalu selamat adalah orang yang tak tamak dan selalu bersyukur.. Selalu bersyukur pada waktu dia senang atau susah, waktu dia sihat atau sakit..

“LAIN SYAKARTUM LA-ADZII DANNAKUM WALAIN KAFARTUM INNA AZABI LASYADIID”

Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu berfirman:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nilkmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka

sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Orang yang paling beruntung dalam hidup ini bukanlah orang yang memiliki harta yang paling banyak, pangkat tinggi, gelaran,kedudukan dan lainnya, melainkan mereka adalah:

1. Orang yang diberi nikmat kemudian ia bersyukur.

2. Orang yang ketika diberi ujian Allah kemudian ia bersabar, karena kesyukuran dan kesabaran itulah yang membuat dirinya semakin dekat dengan Allah SWT.

Sumber:Abd Hakim Awang
Bisnes:https://dapple.com.my

LabahLabah