Search
Search
Apa guna kaya jika ia membinasakan

Apa guna kaya jika ia membinasakan

Salah satu sebab mengapa kita masih belum kaya hari ini adalah kerana Allah Maha Tahu jika kekayaan itu hadir sekarang, ia mungkin akan membinasakan.

Allah akan bagi kekayaan itu jika sudah sampai masanya yakni kita sudah bersedia untuk menerima dan mampu mengawalnya..

Belajar melihat kebaikan jika belum kaya lagi daripada melihat keburukan jika tidak kaya.

Allah tahu yang terbaik untuk kita lebih dari kita. Dia yang cipta kita.

Dia tahu bila tiba masanya kita kekayaan itu akan tiba. Iaitu kekayaan yang tak membinasakan. Kekayaan yang mampu bawa kita ke syurga..

Ramai orang masa dia miskin, ia dekat dengan Allah namun bila dah mula banyak duit, makin jauh dengan Allah. Masa miskin selalu merintih dengan Allah minta pertolongan.

Masa kaya makin sombong dan berpoya-poya, lara.. Kita nak bila kaya kita maikin dekat dengan Allah.. yakni kekayaan yang penuh dengan kebaikan dan mampu mendekatkan diri kepada Pencipta kita (pemberi rezeki kepada kita)

Jika belum sampai lagi masanya, anggaplah ini yang terbaik untuk kita buat masa sekarang namun ia tak semestinya kita duduk saja. Kita mesti terus berusaha dan terus berdoa

Jangan risau jangan khuatir, jika Allah mengkehendaki, lambat laun sampai juga masa itu.

Yang penting, ia sampai dengan rahmat dan redha Allah.

Ya.. Kekayaan yang diredhai diterima oleh seseorang yang menjadikan duit sebagai hambanya dan bukannya dia menjadi hamba kepada duit.

Sumber: Abd Hakim Awang
Bisnes: https://dapple.com.my

LabahLabah