Ni kisah saya tutup 7 figure company yang saya bina & berhutang 250k. Macam mana saya jatuh & bangkit balik.
Untuk context, Biz ni family punya. Saya dipanggil tolong je asalnya. Tapi saya jenis kalau tolong, saya tolong betul-betul.
2017 – 20 dropship
2020 – 4500 dropship
So dengan tu, Jom start cerita.
Oct 2020.
Kita betul-betul kat kemuncak. Sales hampir cecah 500k sebulan ! Disebabkan argument antara saya dgn family (saya argue sebab nak layanan adil antara adik beradik)
So Family saya, diorang buat company baru. semua dropship & customer ikut diorang. So saya tinggal dengan no customer, no dropship. Cuma saya & 40 staff.
Why semua pergi je camtu?.
2 words je. CERITA FITNAH
Yela .. story “anak derhaka yang maki hamun mak sendiri” lagi mudah percaya berbanding “family yang suka mental torture”.
Padahal bukannya maki hamun. Saya menangis & dah sampai tahap meraung sebab dah koyak dengan layanan tak adil antara adik beradik.
Sebab nak jaga staff. Saya move on, rebuild biz baru.. Saya jual produk orang lain.. Start dari zero balik.
So oct, nov & dec 2020 saya rugi sebab sales ciput tapi kena tanggung kos overhead 100k. Kalian expect apa? Saya start back dengan ZERO CUSTOMER kan.
Jan 2021
Duit company dah tak boleh bayar gaji. Saya buat sme loan 250k, tempoh pinjaman max 5 tahun. Sebulan rm5.5k payment
Kenapa loan? Sebab saya taknak buang 1 pun staff saya. Diorang tak salah.. Rasaya taknak sebab isu family. Diorang pulak kena tanggung.
So dengan duit company + loan. Saya nekad teruskan.
Feb 2021
Saya push gila buat biz baru. Tak pandang kiri kanan. Dah mula dapat sales dlm 50k sebulan masa tu..Semangat jap. Dah separuh jalan nak cover gaji + overhead saya !
One fine day..tiba-tiba accountant nak jumpa saya. Dia bawak bank statement.
Mac 2021
Accountant inform duit company dah habis. Tinggal duit loan je dalam account company. Saya pilih untuk tak buang staff, saya tukar struktur company ke sales agency, jadi semua staff commision based.
Yela nak offer basic apa lagi duit dah tak ada ni. Dalam account tu duit loan. Bukan saya punya.
Why tukar struktur company? Saya taknak diorang hilang kerja. Jujurnya rasa sayang sebab diorang dah lama dengan saya.
Tapi staff tak happy, memang macam-macam respon saya dapat. Takpe terpaksa kuatkan hati, saya let go pekerja & tutup syarikat.
Duit pampasan pekerja? Semua bayar. Saya habiskan duit loan semua ,guna untuk bayar pampasan
.
Lesson kat sini
Buat expenses projection! Ramal 3-6 bulan ke depan berapa kos bisnes kau. Kalau nampak gaya tak boleh tampung gaji staff. Let go diorang.
Saya terlalu focused nak build balik income & cover gaji, saya lupa saya tengah jadi zalim. Pada ex staffs, If any of u guys tengah baca ni. Im sorry.
Apr 2021
Saya start new biz lagi, dengan baki 3-4 orang staff yang masih nak stay dengan saya tapi bila satu-satu keluar jugak. Ada yang bergaduh & salah faham.. Yela siapa tak panik dalam keadaan camni.
Waktu tu saya jadi down. Dah tak boleh tahan dah, dengan bank call apa semua. I give up. Im done. Tu je sisa baki kekuatan saya.
So Apr 2021 saya down teruk, saya hilang confidence. Saya tak ada apa-apa & tersangkut dengan hutang 250k ni.
Ada jugak rasa menyesal argue pasal layanan adik beradik yang tak adil tu dulu. Sebab orang banyak hentam saya pasal keberkatan. Cakap saya anak derhaka. Pasal tak baik maki hamun keluarga sendiri.
Time ni la saya belajar antara lesson terbesar dalam hidup saya , cerita fitnah lagi sedap telinga dengar, dan lagi senang percaya.
Tapi lepas borak dengan ustaz ni, dia terangkan balik, dia cakap saya tegakkan benda betul. Betul jugak kan? A parent MUST treat their children fairly,
So kalian, bila buat bisnes dengan keluarga, layanlah anak dengan adil.
May 2021
Saya mula cari kekuatan. Anak saya lahir june ni woii. Saya kena kuat. So saya kerja. Saya pulak boleh tulis content so sambil kerja saya.
Buat freelance. Siang kerja, malam tulis content. Sampai la hujung july saya resign kerja & focus biz.
Aug 2021
Kerja freelance tadi dah grow jadi 5 figure agency, Alhamdulillah . 1 je isu, income terhad sebab as writer saya basically jual masa saya.
Still tak cukup nak cover sme loan + hutang company lama + living expense.
Saya kena cepat.. Moratorium semua nak habis dah nii ! So saya cari idea baru untuk biz saya..saya tengok balik apa strength saya.
Saya teringat..Dulu kan saya boleh grow dari 20-4500 dropship sebab saya boleh coach & train orang lain kan?
So why not saya buat lagi?? Jadi saya start new project & terus sign up clients untuk project baru ni,
Alhamdulillah permulaan sangat bagus sebab saya bukan coach ikut ilmu dalam buku. Saya coach ikut apa saya pernah buat.
Serius besar beza bila kita di coach oleh ex-player dalam game tu.
Nov 2021
Alhamdulillah finally dapat tune. Basically saya coach orang bina team & run servis training untuk team stokis agen & dropship. Founders hire saya sebagai external trainer untuk team diorang.
Servis ni untuk bantu founder-founder yang tak ada masa or tak boleh run training sendiri (sebab kadang-kadang founder sibuk uruskan benda lebih besar)
Semua moratorium dah tamat & Alhamdulillah saya mampu cover semua cost termasuk sme loan 5.5k sebulan. Akhirnya saya jumpa balik diri saya, rasa terlalu syukur sebab saya boleh buat benda yang saya passion.
So sampai sekarang..
Saya coach & training 45 companies untuk bina team stokis agent dropship. Walau every week jumpa, saya happy sangat sebab ni la apa saya buat masa tolong family saya dulu.
Dulu saya tolong family saya. Sekarang saya tolong sesiapa yang saya nak
Saya hampir capai 50 companies dah. Sekarang saya target nak bantu 100 company pulak, lagi-lagi nak krisis pulak ni. Nak bantu diorang bersedia.
Doakan guys.
Saya juga nak ucap terima kasih pada semua yang bantu, support & ada bersama saya dari tahun lepas sampai sekarang.
Lepas baca cerita ni, akan ada dua golongan. Ada yang dapat manfaat, ada yang percaya cerita saya anak derhaka. Tu terpulang pada kalian sendiri nak jadi yang mana.
Yang penting kalau kalian hadap apa-apa cabaran, sampai jatuh, sampai terduduk, sampai tersungkur, usaha sehabis baik nak bergerak kedepan walaupun terpaksa merangkak,
Jangan duduk tempat sama & mengadu nasib dengan sibuk mengharap semua orang akan ikhlas membantu kita bangkit balik.
Pesan saya untuk kalian, Please… Apa pun jadi… “Keep moving forward”
Ni la kisah saya.
Sumber: Muhammad M Ridzuan