Search
Search
Ada kita bersyukur dengan apa yang kita pernah dapat tak

Ada kita bersyukur dengan apa yang kita pernah dapat tak

Aku ada story nak share. Apa yang aku facing lately. Maybe agak pahit untuk di baca.

Kisahnya, Minggu ni aku pakai balik viva yang aku guna masa mula-mula kawin dulu. Selepas hampir 5 tahun lebih tak pakai rasanya.

Aku repair-repair habis lebih RM4k, sebab sayang sangat kat viva tu. So, aku pakai la seminggu ni.

Disebabkan kete tu dah berumur sangat, still rasa la gegar sikit even repair gila-gila ingatkan jadi tip top macam mustang GT, tapi camtu la. Viva lama kan. Rasa macam kena massage je dia punya gegar ๐Ÿ˜…

Aku tak tau kenapa, tak leh nak ungkap. Betapa best nya pakai balik kete lama tu. Teringat zaman keje sebagai technician dulu, kete tu la banyak berjasa..

Terimbau balik semua kenangan, semua kisah masa struggle tiap-tiap bulan nak tunggu gaji nak bayar kete tu.

Kadang-kadang ada jugak delay bayar kat bank, sebab gaji time tu rm1,600. Nak bayar rumah lagi, anak pula baru lahir.

Ya Allah.. Rupanya dari dulu lagi Allah dah bagi nikmat kat aku. Rezeki walaupun hanya kereta kecil macam ni.

Aku selalu tersenyum sorang-sorang bila pakai viva ni sekarang. Kadang-kadang menitik air mata tak perasan pun ada.

Rasa bersyukur sangat. Sebabnya, Sekarang aku ada lagi 4 kereta selepas viva ni . Dari honda ,bmw sampai la vellfire, semua cash termasuk la viva ni dah habis bayar.

Nikmat apa lagi yang aku nak tagihkan dari Allah swt?

Ok sambung lagi. Hari ni aku terpaksa pakai vellfire sebab hujan, kete tu je dekat ngan pagar rumah

Bawa la kete tu. Mak oihh, sodap baq hang kete ni! Selama ni, aku duk naik vellfire, aku rasa biasa je.

Baru la aku rasa best sebab bila duk bawa viva gegar-gegar tu then bila bawa vellfire, selesa betoi.. Alhamdulillah

Apa yang aku fikir sekarang?

NIKMAT.. REZEKI..

Normally kita manusia ni, bila dah dapat yang lagi bagus, kita tak pandang dah yang biasa, yang dulu-dulu punya. Kita nak patah balik, no way la kan.

Sampaikan dalam hati, bila tengok kete buruk orang lain. “Ermm..kete aku lagi best dari dia”

Pernah rasa camtu? Kalo tak pernah, means ko tu maksum la..๐Ÿ˜ฌ

My point is, kita selalu bersyukur bila dapat benda yang lagi bagus je. Yang lagi baru je. Tapi ada kita bersyukur dengan apa yang kita pernah dapat?

Bagi yang tengah susah sekarang, tengah hadapi dugaan dari Allah swt, kita hanya berdoa untuk minta dari Allah. Minta macam-macam.

Tapi masa tengah dilanda musibah, ada kita berterima kasih kepada Allah atau bersyukur dengan apa yang kita pernah dapat?

Kalo rasa down bila tak dapat capai apa kita nak, cuba tengok orang lain yang laaaaagi susah.

Pernah tengok? Pernah terdetik nak rasa bersyukur dengan apa yang ada?

Kalo tak terdetik, check hati anda. Ada barah tu..hehehe

Sama juga bila relate dengan bisnes. Kita hanya bersyukur bila dapat sales je. Bila bisnes berkembang je..

Then masa bisnes down, kita hanya “minta” je dari Allah. Tahu nak minnnnnntak je.. Tapi Allah tak bagi-bagi.

Sebab apa? Sebab yang Allah bagi dulu pun tak reti-reti nak bersyukur. Paroppp.

Ok, nak relate lagi dengan bisnes.

Bila nak start buat bisnes,nekad, Impian bagus-bagus. Untuk family, untuk diri, untuk ummah. Janji bila dah ada duit, nak gunakan untuk family.

Tapi bila dah ada duit..

Jadi la situation ni. “Baik aku guna duit ni untuk kembangkan lagi bisnes aku” Nampak tak? Kita niat, janji bisnes untuk family. Tapi camtu la jadinya.

Tak salah guna duit utk bisnes, tapi ingat balik niat asal nak bisnes dulu. Sama juga bila bisnes down. Bila duit menipis, Apa kita buat?

Kita MINTA lagi. Jengg..

Kena bersyukur dulu apa yang dah pernah dapat. Whatever situation yang kita tengah face, whatever income kita, keje kita, whatever.. whatever.. whatever.

Sebagai hamba Allah, kita BERSYUKUR je. Sebab bila kita TAK bersyukur, Kita akan dengki dengan orang lain. Ini bahaya, nanti kita akan kata macam-macam, sampai timbul fitnah. Sangat bahaya.

Kita akan compare diri dengan org lain juga. Pelik kan? Kenapa nak compare-compare? Masing-masing Allah dah tentukan. Kita nak lawan ke?

Kita takleh nak move on, takleh terima kegagalan. At the end, salahkan orang lain. Barai jugak ni ๐Ÿ˜…

Itu pandangan aku je la..

Tak kira masa keje gaji rm1,600. Masa takde duit nak balik raya. Masa takde duit nak bayar wife bersalin. Masa takde duit nak bagi mak ayah.

Tapi dengan nikmat yang pernah aku dapat, tak kira kecil atau besar, sikit atau banyak, Dengan rezeki sekarang..

“I am so thankful”

Alhamdulillah

P/s: cuba bayangkan Allah tarik nikmat, jadi susah nak kentut..suffer tak?Haa.. Camtu la mudahnya perumpamaan aku nak terangkan ๐Ÿ˜ฌ

Sumber: Mahram Md Zain

LabahLabah