Ramai orang yang down akan tanya apa dia nak buat.
Masalah orang down ni ada banyak sebab terutama berkaitan bisnes dan personal.
Bila dia down, dia akan mengadap handphone, layan fb, layan tiktok, layan insta, dan macam-macam sampai hanyut dalam bilik.
Kemudian ada yang nak naik semangat akan pergi jumpa kawan-kawan yang kaya dan jualan berjuta.
Terus terang aku cakap, apa yang korang buat tu akan buat korang lagi down dan stress. Benda tu tak membantu apa-apa pun.
Mula-mula, stop atau unfollow sementara kawan-kawan korang yang kaya dok tayang harta, kereta, travel dan makan tempat mewah.
Dia nak tunjuk tu hak dia. Tak ada masalah sebab tu dia punya. Tapi ia bukan motivasi bagi yang tengah down.
Korang akan jadi lebih stress sebab rasa bahagianya hidup diorang, hidup ni tak adil dan rasa nak jadi macam diorang.
Kemudian, unfriend kawan yang hidupnya gila babi pasal politik setiap masa. Sikit-sikit tak kena je kait politik. Semua benda dia tak puas hati. Salah itu ini. Korang unfollow atau unfriend saja. Buat stress kepala saja. Orang macam ni pergi mampos.
Time down, jangan pergi jumpa orang yang sukses dan kaya gila. Dia bukan nak bagi kau duit pun. Setakat nasihat saja tak jadi.
Korang jumpa lah orang yang senasib dengan korang atau hidup yang rileks santai tapi tak tunjuk kekayaan. Bila jumpa, korang akan tau yang life dia lebih susah dari masalah yang korang hadapi.
Pergilah jumpa kawan-kawan yang sama level dengan kita. Cerita apa prob korang. Memang dia tak dapat bagi duit tapi kita dapat tau yang dia pun ada masalah yang dia tak pernah cerita tapi dia boleh hadap.
Bila down ni korang kena cipta rasa bersyukur dan dari situ dapat muhasabah diri apa yang tak kena dalam diri.
Jangan lagi buang masa terperap dalam bilik sambil main handphone sebab tak akan membantu apa-apa naik semula.
Sumber: Hafiz Mansor