Nukilan Khas Untuk Yang Baru Jatuh Rugi Dalam Bisnes & Nak Berdiri Semula.
2016, Masa tu baru jatuh bisnes, rasa diri tak ada semangat nak teruskan hidup. Biasa la, proses tersadung ni memang menyakitkan.
Dalam tempoh kemurungan dan depress tu, saya dapat satu email dari Raja Kamil.
Masa tu dia cuma tulis ‘saya juga jatuh bisnes, dan buku ni bagi banyak ilmu untuk naik semula’
Jadi saya beli buku yang dipromosikan dalam email tu :- 5 Bucks A Day oleh Dennis Becker
—
SIMPLE TRICK
Dalam buku ni memang simple je ilmunya, tapi dia garapkan dengan panjang lebar, cerita situasi dan sebagainya sampai jadi panjang berjela.
Saya baca dari awal sampai habis. Terus dapat idea untuk start buat apa yang dicadangkan dalam ebook tu.
Ebook tu hanya cadangkan seperti yang tertulis pada tajuknya
‘Buat la apa sahaja benda, asalkan dapat 5 buck setiap hari’
Masa tu saya jatuh dalam bisnes, jadi saya pun senaraikan apa yang saya boleh buat untuk dapatkan RM10 sehari (tukar sikit nilai)
Dari situ saya buat kelas telegram caj Rm10 seorang
Dari situ saya buat ebook, jual Rm10
Saya buat apa sahaja benda yang boleh jana RM10 sehari
Kalau ikut calculation ringkas formula tambah tahun 4 sekolah rendah:
RM10 x 30 hari = Rm300 sebulan
So aktiviti-aktiviti tu dibuat secara harian dapat minimum Rm300 sebulan.
Tapi..
Selepas beberapa bulan buat aktiviti tu, baru la saya faham maksud sebenar di sebalik buku 5 buck a day ni.
—
INTIPATI
1. TARGET MINIMUM UNTUK CAPAI MAKSIMUM
Dalam cerita inspirasi bisnes, ini dikenali sebagai mikro-goal (something like that, tak sure apa term sebenar).
Dennis Becker mencadangkan kita buat $5 setiap hari supaya kita tak terlalu kecewa kalau gagal capai sasaran. Bayangkan kalau kau target Rm1k sehari dan gagal nak dapatkannya, kecewa tak?
Dah la jatuh bisnes, pastu kecewa lagi dengan kegagalan, memang teruk kemurungan nanti.
Jadi $5 ni dikira sebagai sasaran minimum untuk capai hasil maksimum. Boleh je buat produk $5 tapi dijual kepada 10 orang sehari, dah jadi banyak. Kita sendiri akan happy.
****
2. CARI AKTIVITI TERBAIK UNTUK JANA DUIT
Dennis ni cerita dia sanggup pergi potong rumput untuk dapatkan $5 sehari. Maksudnya dia akan buat apa sahaja aktiviti yang mampu jana $5 sehari.
Bayangkan kalau setiap hari buat 1 aktiviti, sebulan dah 30 aktiviti. Dari situ kita boleh buat analisis aktiviti mana yang paling mudah nak jana $5.
Dari analisis tu boleh la pilih aktiviti tertentu dan scale up sahaja. Simple kan?
***
3. BECOME AN INVENTOR
Selepas buat pelbagai aktiviti jana income, kita akan mula nampak apa masalah yang berlaku dalam masyarakat. Dari situ akan muncul idea-idea baru untuk selesaikan masalah.
Secara automatik, kita akan bertukar dari mindset pekerja kepada mindset inventor (pencipta/creator).
Kita akan start buat produk-produk yang boleh selesaikan masalah dan isu yang ada dalam komuniti. Dari situ boleh jana lebih banyak income.
—
KESIMPULAN
Kalau anda sekarang tak tahu nak buat apa, start la dengan baca buku ni. Cari la di amazon, tak mahal pun. Ebook pun ada.
Penting buku ni untuk anda faham apa perlu dibuat selepas anda jatuh. Ianya langkah asas kepada setiap usahawan
Dennis Becker ni pun selepas dia tulis buku ni,dia jual $5 je. Dulu la, sekarang dah upgrade content ikut trend semasa, mahal sket.
Bayangkan dari 2006 sampai sekarang orang masih beli ebook dia ni (sekarang dah jadi buku di Amazon).
Kalau sehari ada 100 orang beli dengan harga $5, dah dapat $500 sehari. Kalau lebih ramai?
Cuma kalau kau nak buat ebook dan jual di Malaysia ni mungkin tak boleh nak kaya sangat sebab jual hari ni, esok dah ada di Shopee~
Sumber: Iffat Salleh