Bisnes jatuh sampai takde income. Apa saya buat untuk survive masa tu.
Mungkin idea ni boleh bantu mereka yang sedang menempuhinya.
Hari tu, masa saya share cerita jatuh bangun bisnes saya, ada yang tanya…
“waktu dah takde duit tu, tuan buat apa untuk survive”.
Soalan ini memang menarik perhatian saya sebab inilah juga soalan yang pernah bermain di fikiran saya dulu, masa mula-mula saya jatuh terduduk.
First time saya terduduk adalah pada Feb 2009. Masa tu income jatuh 95%.
Jadi segala hutang tak dapat dibayar. Cuma dapat sikit income tu untuk teruskan hidup.
Ingatkan bulan seterusnya keadaan ok. Rupanya tak juga. Income tak naik. Begitulah berlaku beberapa bulan sampai saya dah tak mampu bayar hutang sampai kereta pun kena tarik.
Masa tu bisnes yang saya buat adalah jualan langsung dan saya terima komisyen setiap bulan.
Pabila komisyen kurang hidup memang susah. Jadi, apa yang saya buat untuk survive dan akhirnya boleh berdiri semula?
Keadaan semakin tenat sebab sampai hujung tahun 2009 income masih tak naik.
Masa tu lah saya nekad untuk pindah ke Kuching. Saya jual perabot dan apa juga yang boleh dijual.
Duit tu saya gunakan untuk mulakan hidup baru di Kuching. Sejak itu jugalah saya mula berjinak dengan online marketing. Dan masa tu saya guna wifi jiran yang tak letak password.
Produk pertama yang saya jual secara online adalah brooch (pin tudung). Saya gunakan profile isteri saya untuk menjual.
Masa tu saya buat secara dropship sahaja sebab takde modal. Syukur produk tu ada sambutan.
Duit rolling itulah saya gunakan untuk survive, bayar sewa rumah dan sampai saya boleh pasang streamyx sendiri.
Untuk urusan hutang saya telah berjumpa dengan AKPK. Syukur menerusi AKPK jumlah bayaran bulanan dapat dikurangkan.
Jadi dengan income yang rendah pun saya boleh hidup dan bayar hutang saya. Untuk kereta pula saya sambung bayar kereta orang sebab saya tak boleh buat loan dah.
Dipendekkan cerita dengan strategi ini saya dapat kurangkan komitmen bulanan saya.
Berapa jumlah nya jangan tanya sebab tak sanggup saya nak sebut. Cuma saya boleh bagitau komitmen bulanan selepas saya susun semua tu berkurang sampai 65% daripada asal.
Jadi dengan income yang kecil pun boleh teruskan kehidupan. Saya jual brooch tu sepanjang tahun 2009. Pada masa yang sama juga ada buka booth untuk jual perfume di Sarawak Plaza.
Macam tu lah saya survive.
Tahun 2011 saya diberikan peluang untuk mengedar Quran Digital. Masa inilah saya first time guna fb ad. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan pada masa tu.
Saya selalu share di fb saya tentang cara saya gunakan fb ad. Sampai satu peringkat orang minta saya buat panduan. Maka lahirlah ebook pertama saya berjudul BERNIAGA DI FB.
Boleh dikatakan 2011 ini kehidupan dan bertambah baik. Sampai sifu Jamal (sifufbad) ajak jv buat panduan teknik fbo masa tu.
Pabila panduan ini dilancarkan masa tu lah semakin ramai orang kenal saya. Masa itu jugalah ada permintaan untuk saya buat kelas.
Walaupun tinggal di Kuching saya buat kelas di Shah Alam dan Bangi. Sepanjang tahun 2012-2013 sebanyak 20 kelas berjaya diadakan.
Pada masa yang sama juga saya dapat banyak tawaran untuk memasarkan macam-macam produk.
Masa tu fb ad jangan cakaplah. Senang nak mampus. Copywriting gitu-gitu pun boleh bantu sales yang banyak.
Selepas stop buat kelas pada 2013 saya teruskan bisnes online. Saya fokus menjual je. Sampailah 2016 bisnes saya lingkup balik. Puncanya, saya dah hilang akal dengan fb ad ni.
Ejas macam mana pun memang tak menjadi. Daripada duit habis untuk iklan fb ad saya ubah strategi.
Saya turun balik ke bumi. Saya buat jualan produk guna booth. Begitulah saya hidup sehingga hujung tahun 2017.
2018 saya telah ditawarkan peluang oleh sebuah company yang nak buat e-comm (kononnyalah).
Masa inilah saya pindah ke Selangor sampai sekarang. Pada masa tu boleh lah survive guna income yang dapat kat situ.
Sambil tu saya buatlah network dengan usahawan dan IM di sini. Hasil daripada network ni dapatlah peluang-peluang baru.
Peluang paling bermakna saya dapat adalah pabila ditawarkan sebagai pengedar Black G pada 1 Ramadhan 2019.
Sejak itulah hidup saya memang banyak berubah. Dan alhamdulillah sampai sekarang saya masih jual produk ni. Yang tahu tu tahulah.
Masuk tahun 2020 pula saya dah tambah bidang bisnes. Saya dah mula buka servis bina sales page yang convert. Di samping itu tambah juga servis copywriting yang convert.
Memang sengaja saya letak keyword “yang convert” dalam servis saya sebab itulah value dan jaminan yang saya berikan.
Di samping itu ada juga permintaan untuk ajar copywriting dan servis review sales page.
Lebih kurang begitulah secara ringkas macam mana saya bangkit balik lepas jatuh (2 kali jatuh).
Apa yang penting bagi saya di sepanjang perjalanan ini ialah ilmu. Dengan ilmulah kita boleh bangkit semula.
Sebab tu kalau orang tanya saya macam mana nak berjaya, saya akan suruh dia belajar ilmu yang sesuai.
Sumber: Ali Hanafiah Daud