Bisnes saya :
1. Mengusahakan rangkaian restoran D’Apple
2. Mengeluarkan produk D’Apple.. (12 produk)
Saya mulakan bisnes pada tahun 2004
Saya pernah buka 16 buah cawangan restoran milik sendiri..
Saya pernah masukkan produk ke ratusan cawangan pasaraya dan ribuan kedai runcit / frozen.. Melibatkan modal beberapa juta RM
Saya pernah kerugian jutaan RM
Saya pernah ada 200 staff dalam satu masa serentak
Saya pernah buat silap kecil dan besar..
Saya ambik masa 2 tahun tulis / catat detail kesilapan saya sebelum ni. Dan Alhamdulillah saya sudah temui semua punca-puncanya secara terperinci. Dan apa yang lebih baik adalah, saya sudah temui bagaimana mahu atasinya dan apa ubatnya.
Dan saya akan kembali ulangi apa yang saya pernah buat sebelum ni tapi dengan cara yang betul berpandukan kesilapan dan pengalaman lepas.. Kali ini terasa lebih yakin dan gagah. Namun ia bukan satu sebab untuk saya berhenti belajar dan cari pengalaman..
Saya tak pernah menyesal kerana dengan kesilapan lepas itu saya makin matang dan temui banyak ilmu baru selepas mengharunginya sendiri, bukan sekadar dengan cerita dari orang lain..
Saya faham sefaham-fahamnya bukan sekadar faham..
Terima kasih Allah..
Sumber:Abd Hakim Awang
Bisnes:https://dapple.com.my