Search
Search
Pengkhianatan dalam urusan bisnes.

Pengkhianatan dalam urusan bisnes.

Pengkhianatan dalam urusan bisnes.

1. Saya pernah terjerumus jatuh dalam bisnes. Ketika jatuh saya baru sedar satu ilmu yang tidak saya kuasai iaitu ilmu mengesan lebih awal perkhianatan dalam berbisnes.

2. Perkhianatan ni banyak. Pengkhianatan masa, pengkhianatan tenaga, pengkhianatan tanggungjawab, pengkhianatan kepercayaan dan lain-lain lagi.

3. Pengkhianatan juga datang dari dari sendiri bukan orang lain dalam bisnes. Salah urus duit dalam syarikat juga satu pengkhianatan dan kebocoran. Duit syarikat jadi duit sendiri. Dah tak cukup, ambil duit sendiri topup syarikat. Itu salah besar.

4. Pengkhianatan tanggungjawab juga dari staf misalnya. Gagal mengurus staf berkerja dengan baik dan mengikut jadual kerja yang diberi juga satu pengkhianatan.

5. Pengkhinatan dari pembekal yang memberi barang lebih, memberi harga yang tidak sesuai dan itu juga sebuah pengkhianatan.

6. Pengkhianatan paling besar adalah pengkhianatan terhadap pelaggan. Pelanggan yang tidak dilayan dengan sempurna juga salah satu kesalahan paling besar.

Kita berbisnes didorang dengan motivasi yang tinggi. Malangnya kejatuhan bisnes kita adalah disebabkan pengkhianatan terhadap bisnes itu sendiri. Biasanya ikut pengalaman saya. Banyak bisnes ni sebenarnya boleh mendatangkan UNTUNG. Tetapi kejatuhan sesuatu bisnes itu datang dari kegagalan kita sendiri.

Pagi ni anda duduk sekejap. Betulkan beberapa pengkhianatan yang berlaku dalam bisnes anda. Betulkan sebelum terlambat. Jangan biarkan orang lain ketawa dengan kesedihan kita. Bangkit, bangun dan berlari.

Ramai mengajar anda bagaimana untuk berjaya. Tetapi ilmu sebenar adalah ilmu bagaimana anda jangan gagal.

Sumber: Coach Bahar

LabahLabah